Selasa, 31 Mei 2011

Tip cinta dalam berpasangan

1. Saling Mempercayai
Setiap pasangan kekasih mestilah mempunyai sikap ini. Anda mestilah mempercayai
kekasih anda dari setiap aspek. Samada dari segi percakapan, pemikiran mahupun
perbuatan yang dilakukan oleh kekasih anda.


Memang sukar untuk memberikan kepercayaan sekiranya anda pernah dikecewakan.
Tetapi apa salahnya sekiranya anda memberikan si Dia kepercayaan anda. Ianya tidak salah bukan?

2. Saling Memahami
Fahami diri kekasih anda. Sekiranya anda mengajak si Dia keluar, makan bersama
atau pergi menonton wayang dan sebagainya, dan si Dia menjawab “tak nak”, “tak mahu”,
biarkanlah si Dia. Maksud biarkan itu adalah, jangan dipaksa-paksa dan fahami kenapa
si Dia menjawab demikian. Adakah si Dia sedang sibuk dengan urusan lain? Atau si Dia
ada masalah lain? Cuba fahami dirinya.

3. Bertolak Ansur
Setiap lautan, akan ada pasang surut airnya. Begitulah juga dalam berpasangan. Tidak
dinamakan berpasangan sekiranya tiada sedikit salah faham atau pertelingkahan. Di sini,
anda haruslah bertolak ansur dan menurunkan sedikit ego anda. Jangan mengharapkan si Dia
bertolak ansur dulu, tapi, andalah yang perlu mulakan. Jangan biarkan pertelingkahan itu
berlanjutan kerana ia ibarat seperti kanser. Semakin dibiarkan, semakin parah jadinya.


4. Kejujuran
Anda, ketika berpasangan hendaklah jujur. Jujur bukan hanya ketika dengan pasangan anda,
tetapi juga pada semua masyarakat. Tidak kisah sama ada ibu bapa anda, adik-beradik,
rakan-rakan dan sebagainya.

Jujur dalam berpasangan adalah anda tidak berkata dusta, tidak bohong, tidak menipu dan
tidak mengkhianati pasangan anda itu. Mungkin ada dikalangan anda berkata, ‘Kenapa aku nak
jujur pulak pada dia? Lantak aku lah.” Anda mesti ingat, pada mula anda berpasangan, anda
sayang pada si Dia, anda minat pada si Dia, anda suka pada si Dia. Sekiranya anda tidak jujur,
adakah segala sayang, suka dan minat itu semuanya dusta belaka?

5. Kesetiaan
Apabila anda berpasangan, kesetiaan merupakan faktor yang anda perlu jaga. Janganlah anda
mencari pengganti bagi si Dia ketika anda berpasangan. Ini kerana, si Dia telah memberikan
kepercayaan pada anda dan sekiranya anda menduakan si Dia, anda telah memusnahkan harapan dan
impian seseorang yang anda pernah kata-katakan ucapan cinta.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...